Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Songkok Tradisional Haja Mohideen Terus Menjadi Pilihan Orang Ramai

By 13 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto : S.Shanmuganathan (Pulau Pinang)

GEORGETOWN, 12 April (Malaysiaktif) – Songkok Tradisional Haja Mohideen yang terletak di King Street Georgetown terus menjadi pilihan orang ramai setiap kali menjelang Ramadan.

Pemiliknya, Haja Mohideen, 73, yang merupakan generasi kedua mula menjahit songkok sejak berusia 12 tahun.

Hasil bimbingan arwah bapanya, Haja Mohideen mampu menghasilkan pelbagai jenis songkok tradisional yang berkualiti  seperti Jinnah, Karzi, Tarbus dan lain-lain lagi.

Menurut Haja Mohideen, “mesin jahit yang berusia hampir 71 tahun ini telah digunakan untuk menjahit songkok keluaran kami dan potongan songkok akan diukur mengikut saiz kepala pelanggan.”

“Saya menerima pelbagai pengiktirafan daripada orang kenamaan dan antaranya adalah Pengiktirafan Anugerah Warisan Georgetown,” tambahnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda