Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

ReDI Sasar 200 Peniaga Labuan Beralih ke Platform Digital

By 19 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 19 April (Malaysiaaktif) – Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan atau Retails Digitalisation Initiative (ReDI) menyasarkan 200 peniaga tempatan beralih ke platform digital menjelang hujung tahun 2022 ini.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pelaksanaan ReDI di pulau itu sangat penting untuk memberi satu momentum kepada agenda digitalisasi negara terutama untuk pemain industri sektor peruncitan bersama-sama mengambil peluang berkongsi kek ekonomi yang disediakan Kerajaan.

“Kerjasama Perbadananan Labuan bersama Kementerian pada hari ini adalah merupakan satu inisiatif yang mulia dimana ianya merupakan titik tolak bagi memberikan peluang kepada peniaga untuk berkembang dengan lebih maju seiring kemajuan terkini,” katanya semasa melancarkan inisiatif itu di sini. semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda