Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

MRC Hulur Bantuan Prihatin

By 14 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Sazarina Mohd Noor/Hafizan Hamzah (Hulu Langat)

AMPANG, 14 April (Malaysiaaktif) – Malaysia Rubber Council (MRC) meraikan 300 orang terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal, fakir miskin dan ahli kariah Masjid Darul Ehsan dalam Majlis Iftar Ramadan dan Bantuan Prihatin MRC di Taman TAR Ampang, semalam.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Ampang, Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin  menyampaikan bantuan prihatin sebanyak RM10,000 kepada Masjid Darul Ehsan Taman TAR Ampang dan RM5,000 untuk setiap Surau Ihsaniah Ampang Jaya dan Surau Ubudiah Jalan 4M.

“Harapan saya nikmat Ramadan pastinya lebih indah jika kita kongsi rezeki bersama dan itulah tujuannya program ini diadakan pada hari ini bagi menyampaikan sumbangan bantuan prihatin kepada penerima yang layak,” katanya.

Turut hadir Pengerusi MRC Dr. Daroyah Alwi, Ketua Eksekutif MRC Nor Hizwan Ahmad dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya Mohd Fauzi Mohd Yatim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda