Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Penemuan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 Sangat Penting

By 29 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Saufi Ab.Ghani(Kelantan)

JELI, 29 MEI (Malaysiaaktif) – Majlis Pelancaran Penerbitan Statistik Subnasional DUN dan Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020: Daerah Pentadbiran dan Siri Jelajah Parlimen dan DUN – Penemuan Utama Banci Malaysia 2020: Negeri Kelantan berlangsung di sini pagi tadi.

Dalam ucapan perasmian di Dewan Bitara, MRSM Jeli, Kelantan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Sri Mustapa Mohamed berkata penemuan banci ini sangat penting untuk mengetahui data golongan penduduk mengikut usia.

“Ini bagi memastikan tindakan kerajaan yang diambil betul dan mengikut keperluan sebenar penduduk sebenar.” tambahnya.

Turut hadir Speaker Kelantan Datuk Abdullah Yaakub, Ketua Perangkawan Malaysia, Dr. Mohd Uzir Mahidin, Penghulu-Penghulu daerah Jeli dan pemimpin-pemimpin komuniti setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda