Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Basmi Kemiskinan Tegar Dalam Masa Tiga Tahun

By 13 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yusoff Irman/M. Yamuna (Pahang)

TEMERLOH, 13 Mei (Malaysiaaktif) – Kerajaan Persekutuan menyasarkan tempoh tiga tahun untuk membasmi kemiskinan tegar di kalangan rakyat negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) YB Datuk Sri Mustapa Mohamed dalam satu taklimat ringkas sempena Program Basmi Miskin Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) di Kg. Bolok baru-baru ini berkata, usaha ini diharapkan dapat membasmi miskin tegar di sini yang melibatkan 10 buah keluarga dengan pendapatan RM1,700.00 sebulan dalam masa tiga tahun akan datang.

“Diharapkan keluarga ini mampu menjadi sebahagian pembayar zakat selepas tahun 2025 atau dengan kata lain bukan lagi miskin tegar,” tambahnya lagi.

Lawatan kerja ringkas beliau ke daerah ini membuktikan kesungguhan Kerajaan Persekutuan berusaha keras membasmi masalah miskin tegar di negara ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda