Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

YaPEIM Bantu Tingkat Sosioekonomi Masyarakat

By 25 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haliza Mohd Taib/Latifah Salleh (Johor)

MUAR, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Ar Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)   akan melaksanakan program-program sosial bisnes yang berdaya saing, inovatif, efisien, berkualiti dan patuh syariah.

“Program tersebut bakal memberi impak kepada pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat melalui penyediaan kemudahan pembiayaan mikro kredit, platform dan sokongan dalam pembangunan usahawan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad di Majlis Perasmian Ar Rahnu YaPEIM dan YaPEIM Gold Akses Muar dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, di sini semalam.

Golongan asnaf dan anak yatim turut juga tidak dilupakan semasa program tersebut yang menerima sumbangan duit raya dan sumbangan YaPEIM Prihatin.

Dianggarkan seramai 100 orang hadir ke majlis tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda