Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kotak Aidilfitri Warnai Sambutan Hari Raya

By 2 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Yusoff Irman/M. Yamuna (Pahang)

TEMERLOH, 29 April (Malaysiaaktif) – Sebanyak 358 Kotak Aidilfitri diedarkan di dua lokasi berasingan, masing-masing di Surau Taman Keladan Indah dan Masjid Kg. Paya Keladan, di sini, hari ini.

Sumbangan ini merupakan inisiatif Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kepada rakyat Pahang yang terpilih sempena menjelang sambutan Aidilfitri.

Sumbangan ni diagihkan melalui surau dan masjid diwakili oleh Ketua Kampung masing-masing dan diharapkan memberikan keceriaan sempena hari raya tidak lama lagi.

Rata-rata penerima merasa bertuah dan bersyukur dengan sumbangan yang diberikan yang terdiri daripada bahan kering seperti beras pulut, ketupat segera, gula, garam dan lain-lain.

-ZS-

Tinggalkan komen anda