Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

KKM Pupuk Nilai-nilai Murni dan Kenegaraan untuk Merealisasikan Konsep Keluarga Malaysia

By 2 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syafiq Jamloh/Mohd Rohaizad (Pahang)

PEKAN, 29 April (Malaysiaaktif) – Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) dapat memupuk nilai-nilai murni dan kenegaraan untuk merealisasikan Konsep Keluarga Malaysia seperti mana yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Kawasan Bebar, YB Datuk Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, dengan adanya KKM ianya juga dapat membantu pihak kerajaan dalam memasarkan maklumat daripada kerajaan kepada masyarakat setempat dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Pekan.

“Diharapkan dengan adanya KKM ini ia dapat membantu meningkatkan kefahaman rakyat dan sekaligus dapat menangani penyebaran berita palsu dan maklumat tidak benar di kalangan masyarakat,” kata beliau sewaktu berucap di Program Info on Wheels (IOW) Ramadan dan Pelantikan Duta Komuniti KKM Mukim Temai, baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda