Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Wawancara Pengacara Cilik Gamatkan Pekan Juasseh

By 27 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hamidah Md Drus/Hasrulazlinda Hassan (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Temuramah secara langsung oleh pelajar tahun enam, Sekolah Kebangsaan Pekan Juasseh, Muhammad Nur Iqram Danial Nureffendy bersama Ahli Dewan Undangan (ADUN) Juasseh, Datuk Ismail Lasim mengamatkan sambutan Hari Raya Aidilfitri sekolah berkenaan.

Kepetahan dan ketenangan beliau mengendalikan program jelas menarik perhatian para pengunjung termasuk YB ADUN sendiri.

Menurut Guru Besar SK Pekan Juasseh Ahyaulumuddin Abdul Hamid, pendedahan seperti ini perlu diberi kepada pelajar bagi meningkatkan keyakinan diri disamping mencungkil bakat para pelajar.

“Sifat berani ke hadapan memberi nilai tambah kepada pelajar apabila melangkah ke alam sekolah menengah kelak,” ujarnya ketika ditemui.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda