Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Saudara Baru Disaran Dalami Islam Secara Berterusan

By 29 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Fitri Halim Abdullah (Pahang)

BERA, 29 April (Malaysiaaktif) – Saudara baru Islam disaran untuk mempelajari dan mendalami agama Islam secara berterusan.

Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Pembangunan Modal Insan, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Negeri Pahang (MUIP), Sheikh Mohd Firdaus Sheikh Othman berkata, “Saudara baru disaran untuk menghadiri kelas agama secara berterusan supaya mereka lebih faham dan dapat membaca Al-Quran dengan baik,”.

“Sebagai contoh, masyarakat Orang Asli di Cameron Highlands yang belum memeluk Islam tetapi mereka masuk kelas agama mempelajari Islam yang memperlihatkan mereka ingin belajar dan akhirnya ramai yang terbuka hati untuk memeluk Islam,” katanya di Majlis Perasmian Kelas Fardu Ain Saudara Baru,di sini, baru-baru ini.

Majlis perasmian itu melibatkan masyarakat Cina, India dan Orang Asli dari seluruh Pahang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda