Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Penduduk Terima Notis Pemilikan Rumah dan Tanah Sendiri

By 13 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri Johor menerusi Pejabat Tanah Johor Bahru telah menyerahkan Notis 5A kepada 46 orang yang terlibat dalam projek penempatan semula penduduk Kampung Pendas Baru Fasa 2, di sini semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar Pandak Ahmad, penyerahan (hak milik) ini pastinya amat bermakna kepada pemohon.

“Saya menyeru agar penduduk menjaga harta dan kemudahan awam yang telah disediakan dengan baik agar ianya dapat memberi manfaat berpanjangan kepada komuniti setempat,” katanya selepas penyampaian notis tersebut kepada penduduk.

Projek perumahan usahasama kerajaan negeri dan Iskandar Investment Berhad (IIB) tersebut sudah didiami oleh penduduk sejak September 2021, dilengkapi dengan dua bilik tidur dan dua bilik air setiap unit rumah serta kemudahan awam seperti dewan serbaguna, surau dan taman permainan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda