
Laporan/foto: Andi Abdul Rohim/Muhammad Irsyad Abd Majid (Manjung)
MANJUNG, 17 Jun (Malaysiaaktif) ā Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Samudera merupakan antara Sekolah Amanah Negeri Perak yang diwujudkan bagi meningkatkan prestasi sekolah sekaligus pelajar selaras dengan falsafah pendidikan negara.
Kejayaan demi kejayaan dilakar oleh guru dan pelajar sepanjang lima tahun menjadi Sekolah Amanah, menurut SMK Seri Samudera lakar kejayaan berganda, menurut Pengetua, Sahila Shukor.
āPada 2020, sekolah ini telah berjaya mencapai sasaran 100 peratus lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain dua pelajar telah berjaya menyertai āWorld Robotic Olympiad Peringkat Antarabangsaā dan sepuluh pelajar berjaya menyertai āUniversal Robotic Challenge 2021ā,ā ujarnya lagi.
Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim telah berkenan untuk mencemar duli berkunjung ke SMK Seri Samudera bagi mendengar Taklimat Program Amanah oleh LeapEd Services Sdn. Bhd, melawat kelas Pendidikan Khas, Kelas Pembelajaran CLS Tingkatan Lima dan pameran.
-ZS-