Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Jendela Map Portal untuk Rakyat

By 13 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Saufi Ab Ghani (Kelantan)

KOTA BHARU, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Jendela Map merupakan satu portal bagi menyelesaikan permasalahan liputan penggunaan telefon bergerak rakyat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Haji Annuar Haji Musa berkata masih ramai yang tidak tahu berkenaan portal Jendela Map diwujudkan sebagai jalan pintas bagi menerima aduan berkenaan liputan telefon.

“Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras semua perkara berkaitan pengguna dan syarikat telco,” katanya ketika sesi soal jawab dalam Majlis Perjumpaan Khas bersama Pegawai-Pegawai Jabatan Penerangan (JaPen) di sebuah hotel, di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah JaPen Datuk Mohd Sukari Ab. Hamid, Pengarah JaPen Kelantan dan Pegawai-Pegawai Penerangan Daerah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda