
Laporan/foto: Rose Rasidi (Pahang)
CAMERON HIGHLANDS, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Kejohanan Golf Amatur Terbuka Cameron Highlands ke-25 2022 menyaksikan kemenangan milik peserta termuda.
Muhammad Fakhrul Aiman, 19, yang mewakili Kulim Golf Club muncul sebagai juara pada kejohanan tersebut.
“Alhamdulillah saya berjaya menjadi juara pada kejohanan hari ini dan bersyukur kerana hadiah yang dimenangi dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menyempurnakan majlis pengurniaan hadiah kepada para pemenang.
Kejohanan yang berakhir semalam itu dianjurkan oleh Kelab Golf Sultan Ahmad Shah Cameron Highlands dan disertai peserta daripada pelbagai latar belakang dari seluruh negara.
-ZS-