Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Mural Lambang Pengorbanan, Semangat Anggota Bomba

By 13 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Anis Hayati Tom (Sabah)

KOTA KINABALU, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Pengorbanan anggota bomba dalam menyelamatkan harta dan nyawa sememangnya tidak dinafikan.

Demi meningkatkan kesedaran dan mendidik masyarakat untuk menghargai pengorbanan besar anggota bomba, sebuah lukisan mural dihasilkan di dinding ruang legar Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah.

Lukisan mural tersebut dihasilkan oleh Pegawai Bomba Kanan II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Keningau, Adley Leong Hoi Min, 42.

“Saya mengambil masa tiga hari untuk menyiapkan lukisan mural ini yang menekankan ciri-ciri kebombaan seperti corak baju, aksesori, bahkan peralatan yang digunakan semasa bertugas,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Beliau juga berharap lukisan mural tersebut dapat memberi mesej kepada  orang awam untuk memahami pengorbanan dan semangat anggota bomba dalam membantu menyelamatkan nyawa dan harta benda masyarakat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda