
Laporan/foto: Noraini Mohd Nasir (Tampin)/Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (IPN Negeri Sembilan)
TAMPIN, 29 JUN (Malaysiaktif) – Sepanjang tempoh tiga tahun kebelakangan ini, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin telah berjaya selesaikan lebih separuh kes jenayah komersil di daerah ini.
Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Tampin, Inspektor Mohd Hafiz Zainal sewaktu hadir ke Program Taklimat Isu Semasa anjuran Pejabat Penerangan Daerah Tampin semalam.
“Sepanjang tahun 2019 hingga 2021, IPD Tampin telah berjaya selesaikan sebanyak 70.1% kes jenayah komersial dan perkara ini turut melibatkan kes yang telah dituduh di mahkamah.
Selain kes Jenayah Siber, Jabatan kami turut menerima aduan dan menyiasat beberapa lagi kes jenayah komersil berkaitan antaranya adalah Pecah Amanah (CBT), Pengubahan Wang Haram (AMLA), Jenayah Harta Intelek dan Matawang.”
Justeru itu, Mohd Hafiz menasihati orang awam agar sentiasa peka kepada trend jenayah terkini dan sentiasa mengikuti kempen serta program yang dijalankan oleh pihak PDRM agar kes jenayah boleh dikurangkan.
-ZS-