Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Program Rakan Muda Comfort Room Tangani Isu Mental Remaja dan Belia

By 24 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

KUCHING, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Sarawak menerusi program Rakan Muda Comfort Room memberikan perkhidmatan kesihatan mental kepada golongan belia.

Menurut Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu program tersebut merupakan inisiatif untuk memberi kesedaran dan bimbingan awal serta membantu golongan remaja dan belia bagi mengendalikan masalah kesihatan mental dalam kalangan mereka.

Beliau berkata di Majlis Pra Perasmian dan Pelancaran Program Rakan Muda Comfort Room Sarawak 2022 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, di sini semalam.

“Harapan JBS Sarawak dalam melaksanakan program ini sedikit sebanyak memberi impak yang positif kepada pembangunan belia khususnya isu berkaitan dengan kesihatan mental,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda