
Laporan/foto: Khairul Othman/Parimala Devi (Jelebu)
JELEBU, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 300 orang hadir di Program Gerak Sihat Jelebu Bersama Pakar Keluarga Perubatan Negeri Sembilan dengan tema “Baik Cogah Sebolum Sakit” di Dewan Karisma SMK Undang Jelebu.
Program ini julung kalinya diadakan di Jelebu menarik minat pelbagai bangsa di sini. Pelbagai aktiviti dan pameran dijalankan antaranya senamrobik, pameran kesihatan seperti tibi, kusta, penyakit berjangkit dan pemakanan sihat.
Selain itu saringan dan pemeriksaan kesihatan mental, kesihatan wanita dan gigi turut diadakan. Bagi kanak-kanak pula diadakan pertandingan mewarna dan melukis.
Pusat Maklumat Rakyat Jelebu juga turut hadir mengedarkan bahan penerbitan tentang Aspirasi Keluarga Malaysia dan dasar-dasar kerajaan. Program Gerak Sihat Jelebu ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Jelebu Abdul Rahim A.Aziz.