Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Program ‘Walk For Life’ Bantu Kekalkan Tahap Kecergasan Diri

By 23 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad (Kedah)

YAN, 23 Jun (Malaysiaaktif) – ‘Walk For Life’ merupakan program yang membantu para peserta untuk mengekalkan tahap kecergasan diri masing-masing selain menjadikan gaya hidup sihat sebagai satu budaya.

“Aktiviti berjalan kaki dapat membantu mencegah berat badan berlebihan, mengurangkan risiko kanser, meringankan tekanan serta meningkatkan sistem imuniasi badan.

“Ia juga mampu mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat,” kata Pegawai Perpaduan Daerah Yan Nasriza Long ketika merasmikan program tersebut di Kampung Kuala Dulang Kechil, di sini semalam.

Program jalan kaki sejauh lima kilometer tersebut disertai 100 orang penduduk daripada pelbagai lapisan masyarakat dianjurkan oleh Pejabat Belia Daerah Yan dan Pejabat Perpaduan Daerah Yan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda