Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

‘KASIH Bapa Pelindung Keluarga’

By 19 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Aneta Ahmad (Dungun)

DUNGUN, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Anak-anak perlu menghargai pengorbanan dan menghayati setiap kasih sayang bapa.

“Sambutan Hari Bapa Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 yang bertemakan ‘KASIH Bapa, Pelindung Keluarga’ ini benar-benar memberi makna yang mendalam jika dihayati oleh setiap anak-anak,” kata
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis sambutan tersebut di perkarangan Klinik Nur Sejahtera Dungun yang dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu Hanafiah Mat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda