Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

KMKM 2022: Penduduk Kuala Perlis Teruja

By 6 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 6 Ogos (Malaysiaaktif) – Perlis telah menerima baton Jalur Gemilang daripada konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) Kedah.

Serahan baton tersebut diterima oleh Ketua Kontinjen Perlis Azrul Hasan bertempat di Dewan Kampung Simpang Sanglang, di sini semalam.

Sebaik sahaja menyerahkan baton konvoi KMKM 2022 meneruskan perjalanan ke seluruh negeri Perlis dan singgah di lokasi pertama negeri tersebut di Kuala Perlis.

Konvoi kemudian menaiki bot di Jeti Kampung Tok Pi menuju ke Jeti Kampung Seberang Ramai bersama sebahagian peserta KMKM 2022.

“Meriah dan mengujakan melihat penerimaan penduduk di Kuala Perlis menerima kedatangan peserta konvoi KMKM 2022,” ujar Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis Hamizan Hassan ketika merasmikan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Dataran Semarak Kampung Seberang Ramai, di sini pada lewat petang semalam.

“Kemeriahan suasana di sekitar Dataran Semarak hari ini adalah gambaran sebuah Keluarga Malaysia yang teguh bersatu dan bersama dalam menjayakan program ini.

Antara pengisian yang memeriahkan sambutan kedatangan peserta konvoi di Kampung Warna Warni ini adalah peserta bersama-sama penduduk kampung menari tarian canggung.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda