Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Karnival Jualan Merdeka Sempena 65 Tahun Kemerdekaan Negara

By 24 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hj. Rosli Bin Muhammad (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 24 Ogos, (Malaysiaaktif) – Sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-65 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tiga Daerah Pasir Puteh telah mengadakan Program Karnival Jualan Merdeka dan Hari Bertemu Pelanggan bermula pada 23 hingga 25 Ogos di Dataran Peladang Tiga Daerah, di sini.

Menurut Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Tiga Daerah Engku Mohd Zuraidi Engku Abdullah tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberikan khidmat nasihat kepada petani secara percuma.

“Merapatkan perhubungan serta memperkenalkan PPK Tiga Daerah kepada masyarakat setempat dan mengadakan jualan produk-produk input pertanian dan juga produk usahawan peladang,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

“Di samping itu orang ramai yang datang berpeluang mendapatkan input pertanian pada harga yang lebih murah daripada biasa dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah,” tambahnya lagi.

Karnival Jualan Merdeka yang berlangsung selama tiga hari ini turut mendapat kerjasama daripada beberapa agensi kerajaan dan pihak swasta.

-ZS-

Tinggalkan komen anda