Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2022 Disambut Meriah Bersama Komuniti

By 15 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Juliana Jamri/Mohamad Asri Awang Ya (Hulu Langat)

BANGI, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat bersama-sama Komuniti Keluarga Malaysia Taman Muhibbah telah mengadakan Program [email protected] Daerah Hulu Langat di Evo Mall, Bangi.

Penolong Pengarah Perkhimatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM) Jabatan Penerangan Negeri Selangor, Cik Nurul Wardina Abdullah berkata Program [email protected] yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat tentang erti kemerdekaan dan menyemarakkan semangat patriotisme.

“Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 perlu disambut dengan meriah bagi menyemarakkan dan menggelorakan Kempen Kibar Jalur Gemilang” katanya lagi di Program [email protected]

Antara pengisian program ialah Program Aerodance Fitness, pameran anti dadah, edaran jalur gemilang dan cabutan bertuah. Program ini turut melibatkan agensi dari Evo Mall Bangi, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Langat, SAIEF Malaysia Fitness dan SAIEF Aerodance.

-ZS-

Tinggalkan komen anda