Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Al-Quran Isyarat Mesra OKU Kini Boleh Dimuat Turun Secara Percuma

By 22 September 2022September 26th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suzilawati Kamarudin (Negeri Sembilan)

TAMPIN, 22 Sep (Malaysiaaktif) – Orang Kelainan Upaya (OKU) pendengaran dan pertuturan kini boleh membaca al-Quran menggunakan aplikasi Quran Isyarat dengan pendekatan mengenal dan menghafaz melalui paparan visual Mashaf Rasm Uthmani yang boleh dimuat turun melalui platform android dan iOS secara percuma.

“Aplikasi ini dapat membantu OKU ketidakupayaan pendengaran dan pertuturan membaca al-Quran kerana dilengkapi ciri-ciri dan fungsi kaedah tilawah al-Quran berbentuk isyarat kod tangan dan Transliterasi Makhraj.

“Aplikasi ini sangat mudah dan sesuai digunakan seisi keluarga di rumah dan perlu disebar luas untuk pengetahuan komuniti OKU di luar sana,” kata Felo Penyelidik Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nur Amalina Azhar ketika ditemubual di sini baru-baru ini.

“Aplikasi Quran Isyarat telah dibangunkan oleh pasukan penyelidik dari UMMI bertempat di USIM pada tahun 2017,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda