Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

‘Rafflesia Blooming’ Tarikan Pelancong ke Tambunan

By 23 September 2022September 27th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Dexter Cysonned Ibrahim

TAMBUNAN, 23 Sep (Malaysiaaktif) – ‘Rafflesia Blooming’ kini menjadi antara tarikan pelancong ke Tambunan.

Pekerja Rendah Awam Jabatan Perhutanan Sabah, Isot Jamalin, 57, berkata aktiviti melihat bunga itu agak mencabar kerana perlu melalui kawasan hutan yang agak tebal namun jaraknya tidaklah terlalu jauh.

“Untuk mereka yang tidak pernah melihat bunga Rafflesia, kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda serta turut menyediakan perkhidmatan malim yang berpengalaman untuk membantu sepanjang perjalanan.

“Selain itu, Jabatan Perhutanan Sabah sentiasa memberi maklumat terkini tentang tarikh yang orang awam boleh datang berkunjung kerana bunga terbesar ini hanya hidup dalam tempoh tujuh hari,” katanya ketika ditemui media di Pusat Penerangan Rafflesia Tambunan, pada Khamis.

Untuk rekod, pengunjung boleh hadir ke pusat penerangan itu bermula 19 September hingga 26 September ini yang beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda