Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

PDRM Pamer 105 Aset di Perarakan Hari Kebangsaan 2022

By 1 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempamerkan 105 buah aset pasukannya dalam perarakan perdana di Dataran Merdeka, di sini semalam.

PDRM telah menurunkan 102 buah aset darat berupa motosikal peronda Kawasaki GTR 1400P, Yamaha FJF 1300P, kereta peronda Proton Preve dan X70, kenderaan operasi Toyota Hilux 2.4, Jet Ski Pasukan Polis Marin, kenderaan Unit Pemusnah Bom jenis Mercedes Sprinter 515 CDI KA, kenderaan “Mobile Digital Forensics Laboratory Vehicle” jenis Ford Transit 350L Panel Van 2.2L Diesel, Command Vehicle PSP jenis Scania K410 IBX serta banyak lagi.

Tiga buah helikopter jenis Agusta AW139 milik Pasukan Gerakan Udara pula membuat penerbangan lintas hormat di ruang udara bersama aset penerbangan negara pasukan sahabat yang lain.

Kontinjen PDRM yang disertai 1,799 pegawai dan anggota lain-lain pangkat turut mencuri tumpuan para pengunjung yang hadir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda