Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

10,000 Banjiri Dataran Tanjung Emas Rai HBN Johor

By 31 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Haliza Mohd Taib/Mohd Shazreen Suradi

MUAR, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 10,000 orang membanjiri Dataran Tanjung Emas di sini bagi meraikan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Johor yang diadakan selama tiga hari yang berakhir semalam.

Sambutan HBN adalah sebagai penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak kerajaan kepada golongan belia yang telah menyumbang kepada pembangunan negara.

Menurut Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi ketika merasmikan program tersebut, tanpa penglibatan hampir dua juta generasi muda Johor usaha tersebut tidak mungkin mampu dicapai.

“Kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif termasuk mewujudkan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) di setiap daerah di Johor sebagai platform kepada komuniti belia menjalankan pelbagai aktiviti.

“Di samping itu juga pelbagai peluang pekerjaan dan projek perumahan baru disediakan kepada golongan belia,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda