Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Mangsa Penipuan Sindiket Pekerjaan Selamat Tiba di Malaysia

By 31 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai tujuh orang warga Johor yang menjadi mangsa penipuan sindiket pekerjaan yang berpengkalan di Kemboja selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada pukul 12 tengah malam kelmarin.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor Mohd Hairi Mad Shah setibanya di KLIA2, mereka telah diambil keterangan dan maklumat oleh pihak polis serta dibawa pulang ke Johor dengan menaiki van khas.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengambil serius dan memantau secara dekat misi membawa pulang ketujuh-tujuh anak Johor yang dijadikan sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja selama ini,” katanya selepas ditemui ketika menyambut ketibaan mangsa penipuan di Johor Bahru, pada Ahad.

Pihak kerajaan melalui Wisma Putra juga sedang dalam proses untuk membawa pulang beberapa orang lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan sindiket pekerjaaan di luar negara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda