Laporan/foto: Mohd Zahari Zakaria/Nor Haliza Ridzwan
PERMATANG PAUH, 23 Okt (Malaysiaaktif) – Komuniti Keluarga Malaysia Taman Arowana telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Deepavali kepada masyarakat India sekitar Parlimen Permatang Pauh.
Menurut Setiausaha Komuniti S.Kannan, program ini diadakan bagi memberi sumbangan kepada masyarakat India di sekitar Parlimen Permatang Pauh.
“Sumbangan ini diharapkan dapat menceriakan dan memberi rasa gembira kepada mereka untuk menyambut pesta cahaya yang akan tiba nanti,” katanya.
Sebelum majlis ini dimulakan, sesi perkongsian ilmu telah dilakukan oleh Pegawai Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah mengenai Undi 18 dan Daftar Pemilih Secara Automatik dan Langkah-Langkah Awal Persediaan Banjir.
-ZS-