Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Anuar Manan Meriahkan HSN Gombak

By 8 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BANDAR BARU SELAYANG, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Bekas pelumba negara, Anuar Manan tidak ketinggalan untuk turun padang memeriahkan Hari Sukan Negara (HSN) peringkat daerah Gombak di Dataran Ilmu, di sini hari ini.

Program yang dirasmikan Pegawai Daerah Gombak, Nor Azlina Abdul Aziz tersebut menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti ‘Fun Run’, ‘Fun Ride’, ‘Push Bike’, senamrobik dan cabutan bertuah.

Nor Azlina dalam ucapan perasminannya menyatakan aktiviti sukan perlu dijadikan budaya supaya rakyat sentiasa dalam keadaan sihat.

“Kajian telah membuktikan bersukan dapat menjamin kesihatan diri seseorang individu,” katanya.

Menurutnya, aktiviti sukan juga dapat membantu mengurangkan tekanan kerana mental seseorang memerlukan aktiviti yang berbeza dengan kerjaya mereka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda