Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Karnival Youth Career Pemangkin Semangat Anak Belia

By 25 Oktober 2022Oktober 28th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hafizul Adzhari (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 25 Okt (Malaysiaaktif) – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang menganjurkan Karnival Youth Careear Peringkat Negeri Melaka tahun 2022 berjaya menjadi pemangkin semangat dalam kalangan belia di Melaka.

Karnival yang berlangsung selama dua hari di Kompleks Sukan Masjid Tanah ini turut mengadakan aktiviti sukan, pameran dan agensi awam dan swasta membuka peluang pekerjaan kepada belia di Negeri Melaka khususnya di Masjid Tanah.

Karnival ini menggabungkan dua program lain iaitu Lendu International Arts Community LIAC#4 dan Hari Terbuka Lendu 2022

“Program ini juga menggabungkan tiga segmen utama iaitu sesi perkongsian bersama industri, bimbingan penyediaan ‘resume ‘dan sesi penglibatan bersama indusrti kepada semua pencari kerja,” kata Ketua Menteri Melaka
Sulaiman Md Ali, di sini baru-baru ini.

“Saya juga difahamkan lebih 200 peluang pekerjaan ditawarkan oleh 15 majikan daripada pelbagai sektor pada karnival kali ini,” katanya lagi.

Sulaiman turut mengambil kesempatan mengucapkan kata-kata semangat kepada para pencari kerja yang hadir dan mengucapkan tahniah kepada mereka yang layak dan diterima kerja pada hari tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda