Laporan/foto: Salawati Mat Shariff
TELUK KUMBAR, 25 Okt (Malaysiaaktif) – Aktiviti perkhemahan ‘camper’ di hutan atau pantai bagi menikmati keindahan alam fauna semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat aktiviti luar.
Pantai Teluk Bayu, Sungai Batu di sini antara destinasi pilihan kerana landskap dan suasananya.
Menurut seorang peminat aktiviti ini, Shahrul Shafiee, 45, berkata tapak perkhemahan di sini luas, bersih dan sesuai untuk mendirikan khemah berserta peralatan memasak.
“Faktor cuaca tidak menentu dan gangguan haiwan liar seperti monyet atau serangga berbisa antara cabaran yang perlu ditempuhi,” katanya.
-ZS-