Laporan/foto: Muhammad Fakhri Md Nor (Ipoh)
IPOH, 23 Okt (Malaysiaaktif) – Sebanyak enam kumpulan menyertai Pertandingan Koir Perpaduan Negeri Perak anjuran Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Perak di Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP), di sini semalam.
Menurut Dekan Fakulti Perubatan UniKL RCMP Prof. Madya Dr. Syed Rahim Syed Hamid, program ini menjadi simbolik semangat uniti dan kebersamaan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama.
“Saya berharap penganjuran pertandingan ini dapat menyemarakkan pembentukan identiti nasional dan semangat jati diri untuk mencapai Aspirasi Perpaduan Keluarga Malaysia,” katanya ketika berucap.
Johan, Kumpulan Suara Muhibbah dari SMJK Sam Tet membawa pulang wang tunai berjumlah RM5000, sijil penyertaan dan plak penghargaan selain bakal mewakili Negeri Perak bagi Pertandingan Koir Piala Menteri Perpaduan di Dewan Konvensyen KLCC pada 30 Oktober 2022 nanti.
-ZS-