Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Gerai Durian Tanpa Penjual

By 23 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Penulis/foto: Noorsiah Mahmud

TAWAU, 23 Okt (Malaysiaaktif) – Gerai durian tanpa penjaga merupakan satu fenomena biasa di Sabah.

Rabina Anak Lebe, 45, penduduk Kampung Iban Merotai berkata sebuah tong khas akan ditinggalkan di pondok jualan bagi memudahkan pelanggan membuat pembayaran.

“Biasanya saya akan tinggalkan barang-barang jualan yang tidak dibawa balik ke rumah di gerai jualan.

“Saya berharap mereka yang membeli bersikap jujur, membayar dengan memasukkan wang ke dalam bekas yang disediakan.

“Tambahan pula setiap jualan sudah diletakkan tanda harga untuk memudahkan pelanggan mengetahui jumlah yang perlu dibayar,” katanya ketika ditemui di gerai miliknya, di sini baru-baru ini.

Menariknya, durian jualannya masih mengekalkan harga mengikut cara lama iaitu berdasarkan saiz dan bukannya secara timbangan berat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda