Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Lagu Rakyat dan Dondang Sayang Landasan Cinta Bahasa Melayu

By 18 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)

KOTA LAKSAMANA, 17 Okt (Malaysiaaktif) – Lagu rakyat dan Dondang Sayang yang merupakan muzik dan nyanyian terkenal di Melaka boleh dijadikan landasan rasa cinta terhadap Bahasa Melayu.

Menurut Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka Azman Musa, penganjuran Pertandingan Koir Lagu-Lagu Rakyat dan Dondang Sayang Sekolah Menengah Negeri Melaka 2022 adalah satu platform yang terbaik untuk mencetus dan mewujudkan rasa cinta dan megah terhadap Bahasa Melayu sebagai medium integrasi dan perpaduan seterusnya membantu pembentukan negara bangsa.

“Selain daripada itu program ini adalah satu inisiatif yang terbaik bagi menarik perhatian dan meningkatkan minat pelajar-pelajar sekolah menengah terhadap bahasa kebangsaan kita.

“Saya juga mengharapkan pertandingan seperti ini perlu dianjurkan saban tahun bagi mengekalkan tradisi serta mencungkil bakat generasi muda,” kata ketika ditemui di program itu di sini baru-baru ini.

Lapan pasangan Dondang Sayang dan empat pasukan koir dari sekolah menengah di negeri Melaka terlibat menyertai pertandingan itu yang dianjurkan oleh Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Melaka serta Jabatan Penerangan Melaka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda