Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Masyarakat Luar Bandar, Orang Asli Terus Nikmati Kemakmuran Ekonomi

By 17 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kartini Abdul Aziz/Siti Nor Farhana Mad Zairozi (Batang Padang)

TAPAH, 17 Okt (Malaysiaaktif) – Kerajaan komited dalam memastikan rakyat terutama masyarakat luar bandar dan kaum orang asli terus menikmati kemakmuran ekonomi bersama melalui semangat Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapannya telah mengumumkan Keuntungan Boleh Agih bagi Interim 2/2022, Projek Peserta-Peserta Felcra Berhad bernilai RM181,599,726 sementara Dividen Tanam Semula Komersial RISDA 2022 pula bernilai RM73,201,479.85.

“Demi kebajikan pekebun kecil, elaun musim tengkujuh akan disemak semula untuk dinaikkan kepada RM800,” katanya dalam Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Peserta FELCRA Berhad, Pekebun Kecil RISDA & Warga Orang Asli JAKOA di Arena Merdeka, hari ini.

Beliau turut menyampaikan Bantuan Khas kepada Tok Batin dan Penghulu Orang Asli berjumlah RM624,000 yang memberi manfaat kepada 624 penerima.

-ZS-

Tinggalkan komen anda