Laporan/foto: Noorsiah Mahmud
PENAMPANG, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Makanan tradisi suku kaum Kadazan Dusun tetap mendapat sambutan terutamanya dalam kalangan penduduk setempat.
Salah seorang pengusaha makanan itu, Emelda Severinus, 53, berkata gerainya sentiasa mendapat kunjungan pelanggan dan peminat masakannya daripada masyarakat sekitar Kota Kinabalu.
“Selain berniaga di gerai, saya juga menerima tempahan katering dan antara menu yang paling digemari ialah hinava, ‘lindung’ atau belut masak asam pedas dan butod salai.
“Namun bekalan butod yang terhad menjadi cabaran dalam memenuhi permintaan pelanggan,” kongsinya ketika ditemui media di Tamu Donggongon, baru-baru ini.
Sementara itu, Cornelia Juhanis, 70, merupakan pelanggan tetap gerai Emelda bagi mendapatkan makanan tradisi kegemarannya.
“Saya suka makan jeruk bambangan dan sambal ikan masin kerana rasanya yang sedap malah saya tidak pernah beli di tempat lain,” kongsinya.
-ZS-