Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Terowong Arang Batu Tanjung Kubong Dinaik Taraf

By 30 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Perbadanan Labuan (Labuan)

LABUAN, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Tapak Terowong Arang Batu Tanjung Kubong yang juga salah satu geotapak yang membentuk Geopark Labuan dinaik taraf selari dengan statusnya sebagai Geopark Kebangsaan Malaysia.

Menurut satu kenyataan Jabatan Hal Ehwal Korporat Perbadanan Labuan (PL) semalam, tapak itu mendapat perhatian Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Sabah dengan penyaluran peruntukan dan membangunkan tapak-tapak di sekitar Geopark Labuan.

“Bagi projek menaik taraf Tapak Warisan Terowong Arang Batu Tanjung Kubong, JMG memperuntukkan sebanyak RM141,000.00 untuk fasa pertama ini dan antara yang dinaik taraf ialah kerja-kerja pembersihan, laluan masuk (‘pavement’), dan pemuliharaan monumen terowong.

“Selain faktor sejarah, Tapak Warisan ini juga adalah sebahagian laluan bagi peminat aktiviti kembara di kawasan utara Labuan yang melibatkan laluan Bukit Merinding, Bukit Minyak Gas, Bukit Kubong dan Tanjung Kubong.

“Pencinta sejarah dan pelancong juga boleh memperolehi maklumat sejarah Terowong dan perlombongan arang batu ini di Muzium Labuan, Jalan Dewan di pusat Bandar dan di Muzium Chimney, Jalan Tanjung Kubong, Kg.Lubok Temiang,” menurut kenyataan tersebut.

Pengarah JMG Sabah Dr. Frederick Francis Tating menyerahkan semula tapak bersejarah itu selepas selesai kerja-kerja naik taraf kepada Ketua Pegawai Eksekutif PL, Rithuan Mohd. Ismail dalam satu majlis ringkas pagi semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda