Laporan/foto: Zayana Isa
KUANTAN, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Peserta dari Johor dinobatkan sebagai Juara Bintang Patriotik sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Pahang, di sini hari ini.
Hazlina Wati Zainuddin yang berasal dari Muar berkata beliau datang ke negeri ini semata-mata untuk menyertai pertandingan ini.
“Alhamdulillah, saya rasa syukur dan gembira atas kemenangan ini,” katanya yang mula mengikuti pertandingan Bintang Patriotik baru-baru ini.
Hazlina sebelum ini mencuba nasib di Melaka dan memenangi tempat kedua dan percubaan di Pahang membuahkan hasil apabila beliau muncul sebagai juara.
Membawa pulang piala dan wang tunai RM1,000 Hazlina menewaskan sembilan peserta lain yang merupakan antara 27 peserta di peringkat saringan yang berjaya ke peringkat akhir.
-ZS-