Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

KPJ Johor Hospital Swasta Pertama di Johor Lancar Kumpulan Sokongan Pesakit Kanser

By 31 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)/KPJ Johor

JOHOR BAHRU, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Hospital Pakar KPJ Johor melancarkan kumpulan sokongan pesakit kanser yang dikenali Johor Specialist Support Group (JSSG) sebagai inisiatif membantu dan memberi motivasi kepada pesakitnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Johor Haliza Khalid berkata ia merupakan hospital swasta pertama di negeri Johor yang memiliki kumpulan sokongan khas kepada pesakit kanser.

“Mendengar berita orang yang anda sayangi menghidapi kanser merupakan satu pengalaman yang sangat tertekan dan boleh mengakibatkan pesakit dan ahli keluarga terdekat berada dalam kemurungan.

“Oleh sebab itu KPJ Johor telah mewujudkan JSSG iaitu Johor Specialist Support Group bagi membantu pesakit kanser mengatasi trauma dan menyediakan maklumat, motivasi serta bimbingan yang selamat untuk pesakit,” katanya selepas majlis pelancaran JSSG, di sini baru-baru ini.

Sementara itu sempena Bulan Kesedaran Kanser Payu Dara, KPJ Johor turut menganjurkan Larian JSH Pinktober 2022 yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda