Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanSelangor

Masjid al-Ehsan, Kapar Pilihan Jelajah Program Jom Cuci Masjid

By 30 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Rosliza Ibrahim/Muhd Ridzwan Che Daud (Klang)

KLANG, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Program amal dan gotong-royong Jom Cuci Masjid Siri ke-39 telah diadakan di Masjid al-Ehsan, Kapar, di sini semalam.

Seramai 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi dan 20 buah kenderaan dilepaskan di Sri Pentas, Bandar Utama, Damansara oleh Pengerusi Persatuan Jom Cuci Masjid, Tuan Haji Abdul Jalil Kamaluddin yang kemudiannya akan melalui Tol Bukit Raja ke Kampung Tok Muda, Kapar.

Menurut Ketua Kampung Tok Muda Samsuddin Liman pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah dilaksanakan namun program seumpama ini boleh menyatukan masyarakat tanpa elemen partisan dan ianya juga dapat mengimarahkan masjid.

“Majoriti penduduk kampung ini terdiri daripada masyarakat Jawa dan kami sangat sinonim dengan nasi ambang dan lempeng sambal hijau.

“Ia menjadi hidangan makan pagi dan tengah hari kepada para penunggang motosikal dari seluruh Lembah Klang yang hadir hari ini,” katanya.

Pebagai aktiviti turut diadakan anataranya gotong-royong membersihkan masjid, pemeriksaan kesihatan, sesi ceramah ‘Bicara Santai’ oleh Ustaz Hanafiah Abdul Malek, Ustaz Yusri Abd Karim serta selebriti terkenal tanah air Faizal Ismail.

-ZS-

Tinggalkan komen anda