Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Mukim Minyak Beku Dinobat Johan Perarakan JPKD

By 9 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mazlin Basir/Noor Hidayah Mohd Izam

BATU PAHAT, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Mukim Minyak Beku telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Kontinjen Perararakan Terbaik Kategori Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri (JPKD).

“Kemenangan ini adalah atas usaha dan kerjasama kami dalam membentuk pasukan perarakan disamping semangat cinta dan sayang kepada Nabi Muhammad SAW,” kata Ketua Kampung Sungai Suloh, Mohd Kamaruddin Shah Kamari, mewakili Kontinjen Mukim Minyak Beku yang ditemui selepas program pagi tadi.

“Seramai 66 kontinjen perarakan telah mengambil bahagian dalam Program Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Batu Pahat yang bertempat di Masjid Sultan Ismail, di sini,” katanya.

Perarakan tersebut terdiri daripada Jabatan Negeri dan Persekutuan Daerah Batu Pahat, Badan Berkanun, Agensi Swasta, Institusi Pengajian Tinggi, Institusi Kewangan, Sekolah, Madrasah/Pusat Tahfiz, Institusi Masjid dan Surau, Mukim dan Pertubuhan Komuniti.

Tunku Panglima Johor, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim berkenan hadir pada sambutan tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda