Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Pasar Besar Tawau Punya Tarikan Tersendiri

By 23 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Fauzrina Bulka

TAWAU, 23 Okt (Malaysiaaktif) – Pasar Besar Tawau sememangnya mempunyai tarikan tersendiri dengan pelbagai jenis kuih tradisi, baju dan kain sarung dari negara jiran serta barangan dapur yang beraneka jenis.

Tidak cukup dengan itu, pasar ini juga terkenal dengan makanan kering seperti ikan bilis, udang kering, sotong kering serta ikan masin yang kini turut dijual secara atas talian buat penggemarnya di Semenanjung Malaysia.

Peniaga ikan kering, Suarti Latuo, 59, berkata perniagaannya mendapat bekalan dari Indra Sabah dan turut menghantar bekalan ke Kimanis atas permintaan pelanggan.

“Kini saya berasa sangat lega kerana aktiviti perniagaan mulai rancak kembali selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kes wabak COVID-19 juga semakin berkurangan,” kongsinya ketika ditemui media di gerainya, baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda