Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Riuh Benor! Meriahkan Bandar Raya Ipoh

By 24 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)

IPOH, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Kemeriahan Riuh Benor! edisi kelima Kembara Riuh anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) menerusi MyCreative Ventures berakhir semalam selepas berkampung selama tiga hari di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, di sini.

Menurut Pengerusi MyCreative Ventures Noor Azmi Mat Said, program ini bertujuan untuk memperkasakan penggiat dan usahawan industri kreatif tempatan di seluruh negara.

“Bulatan Sultan Azlan Shah dipilih sebagai lokasi program bukan sahaja kerana kedudukannya yang strategik malah terdapat pelbagai kemudahan yang dapat menyokong penganjuran program ini,” tambahnya.

Selain meraikan industri kreatif tempatan, Riuh Benor! juga memberi peluang kepada jabatan dan agensi di bawah K-KOMM untuk turut serta memeriahkan suasana dengan pelbagai aktiviti dan pameran buat pengunjung yang hadir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda