Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Johor Kekal Larangan Aktiviti Politik di Masjid, Surau

By 24 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Kerajaan Johor hari ini tetap mengekalkan penguatkuasaan larangan kegiatan politik termasuk ceramah dan ucapan di masjid serta surau di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohamad Fared Mohd Khalid berkata ketetapan tidak membenarkan ahli politik berucap atau memberi ceramah di masjid atau surau sudah lama berkuatkuasa.

“Di negeri Johor, hanya dua orang sahaja yang dibenarkan memberi ucapan dalam masjid atau surau iaitu Menteri Besar Johor dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Surau Al-Husna di Taman Desa Rahmat, di sini hari ini.

“Ucapan yang dibenarkan pula mestilah mengandungi mesej tentang dasar-dasar kerajaan negeri atau nilai-nilai murni,” ujarnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda