Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahJohor

46 Penduduk Kampung Rahmat Batu Pahat Terima Geran Hak Milik Tanah Pertanian

By 25 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mazlin bt Basir/Noor Hidayah bt Mohd Izam

BATU PAHAT, 25 Okt (Malaysiaaktif) – Penantian 46 penduduk Kampung Rahmat, Batu Pahat untuk menerima geran hak milik tanah pertanian dengan anggaran keluasan 0.5 ekar setiap seorang tercapai apabila Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyampaikan geran hak milik tersebut kepada para penduduk di Dewan Jubli Intan Batu Pahat, baru-baru ini.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor atas pemberian geran hak milik tanah ini dan saya tidak berasa ragu untuk meneruskan aktiviti pertanian serta dapat mewarisi kepada anak cucu pada masa akan datang,” kata penduduk setempat, Haidi Kasim, 50.

Turut hadir Speaker Dewan Negeri Johor, Dr Mohd Puad Zarkashi dan Pegawai Daerah Batu Pahat, Nasri Md Ali.

Tinggalkan komen anda