Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

SMK Durian Tunggal Johan Main Wayang 2022

By 21 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Kelab Teater Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal menjadi johan keseluruhan Pertandingan Main Wayang Baba Nyonya Peringkat Kebangsaan 2022 bagi merebut Piala Presiden Peranakan Melaka sempena Minggu Kebudayaan Baba Nyonya kali ke-4 anjuran Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia bertempat di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Melaka, di sini baru-baru ini.

Memaparkan konsep suasana yang berlaku di kaki lima dikalangan masyarakat Baba Nyonya telah memikat hati juri pertandingan dalam meraihkan kemenangan wang tunai bernilai RM3000 serta mengalahkan tiga kumpulan dalam acara berkenaan.

Menurut Presiden Peranakan Baba Nyonya Malaysia, Ronald Gan Yong Hoe berkata pertandingan ini adalah anjuran bersama beberapa agensi kerajaan termasuk JKKN Melaka serta Jabatan Penerangan Negeri Melaka dalam usaha mengembalikan kegemilangan seni budaya Baba Nyonya agar terus bersinar dari zaman ke zaman.

“Keunikan etnik ini merupakan salah satu keistimewaan yang terdapat di negeri Melaka serta menjadikan kelompok ini satu masyarakat yang unik daripada keturunan kaum Cina yang sinonim dengan gelaran Peranakan,” ujar beliau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda