Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pengundi Muda Teruja Pertama Kali Membuang Undi pada PRU15

By 19 November 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yusmila Yusof

SIK, 19 Nov (Malaysiaaktif) – Pengundi muda 18 tahun dan ke atas teruja pertama kali membuang undi pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.

Ahmad Sharajani Samsuri, 21, dari Kampung Charuk Tok Uban yang membuang undi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Hujung Bandar, di sini berkata beliau berasa amat teruja dapat mengundi pada hari ini.

“Selain itu, saya turut rasa berdebar kerana pertama kali mengundi.”

Seorang lagi pengundi muda Muhammad Amirul Syafikal Salmi, 20, juga turut melahirkan keterujaan dan gembira kerana dapat membuang undi pada PRU15 ini.

“Saya rasa sangat gembira dan teruja kerana dapat menunaikan hak sebagai rakyat Malaysia dengan membuang undi pada PRU15 ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda