Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Labuan Bawa Pulang Satu Emas, Dua Gangsa dalam Sabah State Primary School Karate Championship 2022

By 29 November 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Persatuan Karate Labuan

LABUAN, 29 Nov  (Malaysiaaktif) –  Pasukan Karate Labuan berjaya membawa pulang satu pingat emas dan dua pingat gangsa dalam Sabah State Primary School Karate Championship 2022, pada pada 26 hingga 27 November lalu.

Menurut satu kenyataan Persatuan Karate Labuan, pingat emas hadir melalui pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chi Wen, Nur Ariesya Dayana Asmadie dalam kategori Kumite Perempuan 10 Tahun +30kg.

“Dua lagi pingat gangsa diperolehi menerusi  Muhammad Adil Mohd Badruddin dan Muhammad Isyraf Mohd Ismifarizal masing-masing menerusi kategori Kumite Lelaki 12 Tahun +40kg dan kategori Kumite Lelaki 13-14 Tahun +45kg, kedua-dua mereka merupakan pelajar Labuan International School (LIS).

“Pasukan Karate Labuan menghantar 16 peserta dan penyertaan ini amat bagus untuk pendedahan mereka sekaligus mengenal pasti potensi yang boleh dipertengahkan bagi kejohanan berprestasi tinggi akan datang,” menurut kenyataan itu semalam.

Tambahnya, pertandingan itu disertai seramai 450 peserta dari dalam dan luar Sabah menjadikan  rekod penyertaan paling ramai sepanjang 23 edisi kejohanan itu diadakan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda