Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian/Roziman Mahmudin (Labuan)
LABUAN, 6 Nov (Malaysiaaktif) – Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) bagi P.166 Parlimen Labuan menyaksikan pertembungan enam penjuru.
Menurut Pengurus Pilihanraya Bahagian Parlimen Labuan, Yusup Mohamad ketika memaklumkannya di sini semalam, calon-calon yang bakal berentap dalam parlimen tersebut adalah Datuk Suhaili Abd Rahman (Perikatan Nasional), Datuk Rozman Datuk Isli (Warisan), Datuk Bashir Alias (Barisan Nasional), Dato Dr. Ramli Tahir (Pakatan Harapan), Dato Seri Ramle Mat Dali (Pejuang) dan Dayang Rusinah@Raynie Datuk Mohd Din (Parti Bangsa Malaysia).
Pada PRU-14 lalu, Datuk Rozman Datuk Isli yang pada ketika itu bertanding atas tiket Barisan Nasional memenangi Parlimen Labuan dengan majoriti sebanyak 1450 undi selepas memperoleh 10164 undi menewaskan calon Parti Warisan, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Harapan Rakyat Sabah.
Parlimen Labuan mempunyai seramai 44,484 ribu orang daftar pemilih terdiri daripada 23,262 ribu pengundi lelaki dan 21,222 ribu pengundi perempuan.
-ZS-